ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Wednesday, August 15, 2012

Bab 1 : Sistem Pentadbiran

Bab 1 : Sistem Pentadbiran Negara

Bab ini akan merangkumi proses pembentukan sistem dan struktur pentadbiran negara yang menjadi tunjang kepada pemerintahan negara. Selain itu, memperlihatkan komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran Malaysia dan melihat peranan setiap badan dalam menjalankan pentadbiran negara. Bab ini juga akan menjelaskan tentang konsep pengasingan kuasa.

PENGENALAN

Sistem pentadbiran kerajaan Malaysia telah terbentuk sejak zaman prasejarah. Pada masa kini, segala aspek pemerintahan dan pentadbiran negara ditentukan oleh masyarakat Melayu tanpa adanya pengaruh daripada luar. Struktur pentadbiran yang jelas dapat dilihat pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15. Kuasa pemerintahan pada masa ini dipegang oleh sultan yang mendapat khidmat nasihat dan bantuan daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Setelah kedatangan British, khususnya pada abad ke-19, berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem politik dan pentadbiran negara. Ini berlaku apabila British campur tangan dalam hal-ehwal pentadbiran negara.

Menurut Montesqiue, dalam sesebuah negara, corak pemerintahan perlu diasingkan, iaitu pembahagian kuasa perlu dilakukan untuk mengelakkan berlakunya dominasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Dalam konteks negara Malaysia pada hari ini, konsep pengasingan kuasa ini dapat dilihat dalam tiga bentuk pemerintahan utama iaitu:

1. Badan Eksekutif (Pentadbiran)
2. Badan Legislatif (Perundangan)
3. Badan Judisiari (Kehakiman)

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

Bab 1 : Badan Eksekutif

Bab 1 : Badan Eksekutif (Pentadbiran)

Kuasa Eksekutif Peringkat Persekutuan
YANG DI-PERTUAN AGONG (YDPA)

Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai Ketua Negara atau Ketua Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan kuasa tertentu kepada baginda. YDPA memainkan empat peranan iaitu:

1. Perkara 39 Perlembagaan Perkesutuan- YDPA bertindak sebagai punca kuasa esksekutif.
2. Perkara 40 (2)a Perlembagaan Persekutuan- memperuntukan kuasa budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri.
3. Perlembagaan Persekutuan Perkara 43- memberi kuasa kepada baginda untuk melantik Jemaah Menteri.
4. Perkara 40 (2)b Perlembagaan Persekutuan- memperuntukkan kuasa kepada baginda untuk mempersetujui atau tidak mempersetujui pembubaran Parlimen.

Komponen utama dalam sistem kerajaan Malaysia dapat dilihat melalui gambar rajah di bawah:

JEMAAH MENTERI

Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan ahli-ahli Jemaah Menteri dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugasnya.

Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan pula memperuntukkan YDPA dikehendaki melantik seorang Perdana Menteri yang menang dalam pilihan raya umum dan biasanya menjadi ketua parti pemerintah untuk mengetuai kabinet.

Jemaah Menteri adalah:

i) Jemaah Menteri merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif.
ii) Ahli-ahli Jemaah Menteri bertanggungjawab di atas segala keputusan yang dibuat oleh jemaah menteri.

KEMENTERIAN

i) Merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran persekutuan.
ii) Portpolio seorang Perdana Menteri dijalankan oleh Jabatan Perdana Menteri.

ANTARA KEMENTERIAN DI MALAYSIA:
Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Belia dan Sukan
Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kebudayaan & Warisan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian Kerja Raya

Sumber :
Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian-kementerian_di_Malaysia

Bab 1 : Kehakiman

Bab 1 : Badan Judisiari (Kehakiman)
i) Sistem Kehakiman di Malaysia berbentuk persekutuan seperti yang diamalkan oleh negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan India.
ii) Badan ini bertanggungjawab mentafsir dan melaksanakan undang-undang.
iii) Dikenali sebagai sistem perundangan dan ahlinya terdiri daripada hakim dan majistret.
iv) Antara peranan badan kehakiman ialah:
a. Mentafsir undang-undang
b. Mengendali tindakan-tindakan sivil
c. Mengendali pendakwaan jenayah

Pada dasarnya, konsep pengasingan kuasa tidak dipraktikkan sepenuhnya. Ini kerana antara tiga badan tersebut wujud hubung kait antara satu sama lain. Contohnya dalam hal perundangan, sebahagian besar undang-undang yang wujud pada hari ini dibuat oleh badan pemerintah seperti YDPA dan menteri-menteri. Tetapi, dalam konteks pengasingan kuasa, kuasa pemerintah hanya terhad kepada tugas-tugas pentadbiran sahaja dan tidak boleh mencampuri urusan kehakiman dan perundangan.

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kehakiman

Bab 1 : Pentadbiran

Bab 1 : Badan Pentadbiran Peringkat Negeri

i) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa eksekutif di peringkat negeri dijalankan oleh raja/sultan/Yang Dipertua Negeri.
ii) Semua Perlembagaan Negeri mengandungi syarat seksyen 1 (2) di dalam perlembagaan yang membolehkan raja bertindak menurut budi bicaranya dalam menjalankan tugas-tugas berikut:
a. Melantik Menteri Besar
b. Tidak mempersetujui permintaan membubar Dewan Undangan Negeri.

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)

Bab 1 : Perkhidmatan Awam


Bab 1 : Perkhidmatan Awam

Antara perkhidmatan awam negara ialah:


1. Angkatan Bersenjata
2. Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
3. Angkatan Polis
4. Perkhidmatan Kereta Api
5. Perkhidmatan Awam Bersama
6. Perkhidmatan Awam Negeri
7. Perkhidmatan Pendidikan

i) Anggota perkhidmatan awam mempunyai peranan yang sangat penting terhadap masyarakat dan negara.
ii) Kedudukan perkhidmatan awam adalah tetap walaupun negara bertukar kerajaan yang memerintah.
iii) Perkhidmatan awam juga adalah tangan kanan kerajaan memandangkan mereka yang merangka hal-hal pentadbiran dan menyerahkan kepada pihak atasan untuk dilaksanakan.
iv) Mereka juga memberi nasihat terhadap keputusan yang di ambil dan hendak dilaksanakan.

SURUHANJAYA-SURUHANJAYA

i) Untuk memastikan jentera pentadbiran kerajaan berjalan lancar dan sistematik, kerajaan telah membentuk pelbagai suruhanjaya sama ada Suruhanjaya Tetap atau Suruhanjaya Sementara.
ii) Suruhanjaya Tetap seperti Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Perkhidmatan.
iii) Suruhanjaya Sementara untuk menyiasat atau menyelesaikan masalah dan perkara semasa.
iv) Antara suruhanjaya di peringkat Persekutuan ialah:
a. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
b. Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan
c. Suruhanjaya Perkhidmatan Polis
d. Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang

Sumber : Teks Pengajian Tinggi Fajar Bakti. Pengajian Malaysia (2004)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian-kementerian_di_Malaysia

Saturday, May 26, 2012

Pengajian Malaysia



Bab 1 : Badan Legislatif (Perundangan)
Badan perundangan peringkat persekutuan terbahagi kepada :



Yang di-Pertuan Agong

i) YDPA bertindak sebagai Ketua Negara.

ii) YDPA dilantik lima tahun sekali daripada kalangan sembilan orang raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja.

iii) Antara tugas YDPA ialah:

a. Tugas mengikut nasihat

b. Tugas mengikut budi bicara

c. Pemerintah tertinggi angkatan tentera

d. Memperkenan rang undang-undang

e. Pengisytiharan darurat

f. Kuasa pengampunan


Majlis Raja-raja

i) Merupakan badan rasmi yang paling tinggi kedudukannya.

ii) Ia dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat gabenor/ Yang Dipertua Negeri.

iii) Antara bidang tugas Majlis Raja-raja ialah:

a. Memilih YDPA dan timbalan YDPA.

b. Memberi persetujuan/penolakan tentang adat istiadat agama Islam bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu, kecuali Sabah dan Sarawak

c. Memberi persetujuan/ enggan memberi persetujuan kepada mana-mana undang- undang atau memberi nasihat tentang perlantikan mana-mana jawatan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja.

d. Memikirkan tentang polisi negara dan apa-apa perkara yang difikirkan patut untuk pembangunan negara.


Parlimen

Perkara 44 Bahagian 4, Bab 4, Perlembagaan Persekutuan, memperuntukan kuasa perundangan dan persekutuan terletak pada Parlimen yang mengandungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.


Fungsi dan Kuasa Parlimen

Dalam bidang perundangan, parlimen berkuasa untuk membuat undang-undang yang ditentukan oleh Perlambagaan Persekutuan menerusi Perkara 66, 68, Bahagian 4, Bab 5. Antara fungsi Parlimen ialah:

i) Kuasa perundangan, iaitu kuasa membuat, meminda/memansuhkan undang-undang.

ii) Mengenakan cukai-cukai baharu, tambahan atau memansuhkan mana-mana cukai.

iii) Meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
HASIL SENTUHAN : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH